Friday 29 April 2011

mesej

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL(!!!)

Assalamualaaikum semua..Memandangkan hari ni adalah sambutan Hari Maulidur Rasul..Cyew ingin kongsi kan tentang makna di sebalik Maulidur Rasul itu sendiri..Maulidur Rasul adalah hari bersejarah bagi Nabi Muhammad s.a.w..Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada Isnin,12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571..Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala..Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi..

Setiap tahun,umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan,ceramah dan sebagainya..Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul..

Anda dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w,kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi,sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan..Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih..

Allah Subhanahu Wataala sentiasa membalas kebaikan seseorang begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak membuat kebaikan,sudah Allah Subhanahu Wataala memberi pembalasan yang tidak ternilai..Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala..

Keberkatan mengadakan majlis Maulud ini bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu..Tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya..

Jadi,kita sebagai umat Islam jangan lah teragak - agak untuk melakukan kebaikan kerana setiap kebaikan yang akan dilakukan pasti mendapat ganjaran pahala dari Allah Subhanahu Wataala...

Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda semua...Sekian terima kasih...



No comments:

Post a Comment

Gossipz


ShoutMix chat widget

choitt !!!!

follow and dashboard

up !